Luahan Hati :)

Assalamualaikum. Morning :)

okayy. hari neh tak tau nak cerita apa. just wanna share something with all of you.

Pen On.

Kadang-kadang kita ada kat atas, kadang-kadang kita ada kat bawah.
Tapi, kat mana pun kita berada, itu semua ketentuan Allah.
Allah tu Maha Adil. Dia takkan bagi ujian kat hamba-Nya kalau Dia tahu kita tak mampu nak hadapi.
Terima seadanya. Bersyukur yang Allah masih ingat pada kita.

Alhamdulillah :)

Tapi, 
Kenapa manusia tak pernah nak bersyukur dengan semua nikmat yang Allah dah kurniakan? Kenapa?
Bila Allah dah kurniakan seorang insan yang mampu buat kita tersenyum, kenapa disakiti hati insan itu ? Kenapa dipermainkan keikhlasan dan kejujurannya ?
Tahu tak betapa terlukanya hati insan itu ? Tahu tak? Dia menangis seorang diri, dia pendam perasaa seorang diri, ada kita ambil tahu? Tidak. Tak pernah sekali pun kita ambil berat tentang insan tersebut. Tak pernah sekali pun diingat akan pengorbanannya yang begitu ikhlas.

Cuba bayangkan kita berada di tempat insan tersebut. Apa perasaan kita? Mesti sakot kann? Macam itu jugalah yang dirasakan insan tersebut. Perit, sakit, terluka. Cubalah kita prihatin sikit dengan perasaan orang lain.

Ingat.
Hidup ni sekali je. Dan jika sekali itu kita sia-siakan peluang yang ada, ooppss !Habislah. menyesal seumur hidup. Ish ish ish. Nak ke macam tu ?

Haih.
Dunia Dunia ...
100% copyright by Fatin Aliah